FASA - FASA BULAN

Pengenalan

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atau umbra bumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).


Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bentuk dan nama fasa bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.

  • Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
  • Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat.
Video berkaitan dengan fasa-fasa Bulan

The Universe : The Phases Of The Moon

Introduction to the moon


Rujukan