Dr. Sharif to TekMakSekRendah
Pendapat tentang LMS (Learning Management System)
Due: Jun 3, 2012
1) Apakah pendapat anda tentang penggunaan i) SmartUMS ii) schoology iii) edmodo dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Di antara ketiga2nya yang mana paling anda suka guna, mengapa?
3) Adakah anda akan aplikasi 'schoology' atau 'edmodo' di sekolah anda? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?


Sila jawab soalan ini dalam satu entry sahaja untuk setiap pelajar. Terima kasih
http://u.ph.edim.co/default-avatars/3_t.jpg
Turned in by Me (JEFFAH JUN CT 10210295)
Resubmit this Assignment
1).penggunaan teknologi maklumat seperti smartums, edmodo dan schoology amat berfaedah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kerana teknologi seperti ini amat memudahkab pelajar mengakses maklumat, memuat turun maklumat dengan cepat, menjawab kuiz dan forum secara on-line,dan menghantar maklumat dengan cepat. penggunaanya dapat memudahkan pembelajaran pelajar di mana-mana sahaja.
2). Smartums, kerana melalui smartums pengaturcaraannya lebih sistematik dan praktikal, mudah diakses dan arahanya mudah difahami dengan cepat.
3) schoology sesuai digunakan di sekolah kerana memudahkan tugas guru dan murid. perkongsian maklumat lebih cepat, guru tidak perlu lagi menanda buku, murid dapat menghantar aktiviti secara on-line, murid dapat menjawab soalan-soalan kuiz dan mendapat markah dengan cepat ,memudahkan ulangkaji


Dr. Sharif to TekMakSekRendah
Article Review
Due: Mar 1, 2012
Ini adalah post pertama. Untuk respon, sila klik pada butang 'reply'. TQ
http://s3.amazonaws.com/edmodocrocodoc/eda425ad-eebf-4463-abe2-2dad534bd91e/images/thumb-page-000.png
http://u.ph.edim.co/default-avatars/3_t.jpg
Turned in by Me ( JEFFAH JUN CT10210295 )
Resubmit this Assignment
hanya 40% guru yang menggunakan ICT semasa melaksanakan P&P dalam kelas di sebuah sekolah bestari.....sekolah yang memiliki semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk melahirkan produk yang celik ICT pada masa depan.Belum lagi kita lihat di sekolah pedalaman yang serba kekurangan, kemungkinan besar penggunaan ICT dalam P&P tidak dpat dilaksanakan dengan sempurna. kurikulum yang diguna pakai sekarang harus dikaji semula samada sesuai menerapkan penggunaan P&P dalam pengajaran.


FASA - FASA BULAN

Pengenalan

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atau umbra bumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).


Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bentuk dan nama fasa bulan

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Rajah di atas menunjukkan bentuk dan nama fasa-fasa bulan.

  • Anak Bulan/Bulan Baru - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi bumi berada di antara bumi dan matahari iaitu berada sebaris atau bersilangan dengan matahari jika dilihat dari bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan bulan yang gelap (yang tidak disinari cahaya matahari) akan menghadap ke arah bumi. Oleh itu, bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
  • Bulan Sabit Baru & Lama - sebahagian kecil (1% - 49%) sahaja permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Separa Pertama & Akhir - separuh (50%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Purnama Baru & Lama - lebih separuh (55% - 99%) daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi.
  • Bulan Purnama/Penuh - merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari. Pada kedudukan ini, seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat.
Video berkaitan dengan fasa-fasa Bulan

The Universe : The Phases Of The Moon

Introduction to the moon


Rujukan